"Alhamdulillah..diberikan nikmat iman dan islam...Alhamdulillah masih diberikan nikmat "hidup" di bumiMu Ya Allah..Alhamdulillah dikurniakan insan-insan yang tersayang..Syukur Ya Robbi.."
=) sempat lagi menggunakan waktu yang terluang untuk berkongsi diari hati insan yang lemah lagi faqir di sisi Allah SWT.
*********************************************************************************
Aku mengharapkan petunjukMu Ya Allah....
Sejujurnya..masih lagi terasa berada didalam mimpi, masih tidak percaya kepada kemampuan diri dan masih tidak dapat menerima bahawa hamba yang serba kekurangan ini layak untuk meneruskan pengajian diperingkat Doktor Falsafah dalam bidang pengajian Islam...Allahurobbi..sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya... sejujurnya hati melonjak kegembiraan apabila menerima response dari bakal penyelia dari tiga buah universiti di luar negara yang bersetuju untuk menyelia kajian diperingkat PhD....Namun, bila teringatkan abah n mak...tiba-tiba perasaan itu luntur...hmm..abah n mak berat nak lepaskan anaknya berjauhan tambah-tambah lagi setelah apa yang dah terjadi pada diri ini ..sangat lucu bila abah n mak mengucapkan syukur bila mendapat tahu yang anaknya hanya berjaya dapat band 6.0 dalam International English Test System (IELTS).. masih ingat lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut mak:
" Alhamdulillah adik...mujurlah tok lepas 6.5..kalo dop gak adik g ngaji luar doh la...rungsinglah mok kalu adik g ngaji sano...adik mitok smula la sambung di UKM...hmm..ado hikmah sbnarnyo adik ambik perikso maso adik duk serabut mikir ko _._._._._._..kalu dop gak tok tahu la buleh molek lagi bakali.. tinggallah mok n abah...)
# kelakar je bila teringatkan kata2 mak ni...hmm..tak dinafikan sememangya fikiran terganggu teringat kan dirinya ketika menduduki peperiksaan tersebut... =') Alhamdulillah..itu cerita lama..sekarang sudah dapat menerima dan kuat berpegang dengan ketentuan Ilahi.. =)
Tapi....
disebabkan diri ini merupakan pemegang biasiswa universiti + KPT..maka dengan ketidakrelaan wajib juga mengikut syarat perjanjian yang ditetapkan iaitu menyambung pengajian diperingkat PhD di luar negara atau dalam negara dengan syarat membuat attachment selama 6 bulan diluar negara atas alasan yang dibenarkan.....insyaAllah bulan 6 akan menduduki IELTS untuk kali ke2, sekiranya diri ini berjaya mendapat 6.5..maka terpaksa mengucapkan selamat tinggal Malaysia untuk seketika waktu tanpa memikirkan masalah kewangan kerana segalanya ditanggung oleh universiti+KPT.....
Tapi..
macamana pula dengan Abah dan Mak??? Allahurobbi..masih dalam dilema...perlukah memohon pengajian diperingkat PhD didalam negara setelah tidak mendaftarkan diri pada sesi pengajian lepas?? KARENAH birokrasi memang menjengkelkan... (terpaksa memejamkan mata menolak 3 tawaran dari universiti tempatan)
Antara Emel -Emel dari bakal penyelia..
![]() |
| Birmingham University |
![]() |
| Griffith University |
Ya Allah..berikanlah petunjuk dari IstikharahMu...sukarnya membuat pilihan...ku yakin ketentuan dari Mu adalah yang terbaik!!!


teruskan istikharah...moga pilihan yang terbaik buat diri awak...dan juga untuk mak ayah awak :')
ReplyDeleteinshaaAllah..sentiasa mengharapkan petunjuk dariNya...terima kasih encik hati =)
ReplyDelete